Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru!!! :-)

Saturday, May 14, 2011

Mihrab Cinta

Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta...

Friday, May 13, 2011

Halal Haram Suatu Sensitiviti Yang Perlu Dizahirkan

Sahabat-sahabat seperjuangan yang amat saya kasihi sekalian, saya ingin mengajak diri saya dan sahabat semua, marilah kita menginsafi suatu isu yang sudah pasti akan membangkitkan sensitiviti kita sebagai umat islam. Walaupun kita berada dalam masyarakat yang sering berbeza pendapat dalam banyak perkara, namun dalam masalah ini, kita harus duduk satu meja untuk memikirkan dan menginsafi sebuah perjuangan yang suci lagi murni iaitu memperjuangkan isu halal haram yang berlegar di sekeliling kehidupan kita seharian.

Tunjang Akidah

Bila kita memperkatakan tentang isu ini, kita tidak akan dapat lari daripada pegangan akidah yang kita genggam selama ini. Sahabatku, Allah menurunkan al-Kitab (Quran) dan Rasulullah mengajarkan as-Sunnah (Hadis) bagi membimbing makhluk bernama manusia agar tidak terseleweng daripada landasan sebenar. Jika sekiranya Allah tidak mengajar dan membimbing kita menerusi al-Kitab dan as-Sunnah, kita pasti akan terkapai-kapai mencari kebenaran yang hakiki. Sememangnya kita dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir dan terus berfikir menjawab persoalan kebenaran yang bermain di benak fikiran kita semua. Bagi mereka yang mengalami masalah hutang, mereka akan berfikir bagaimana ingin melunaskan hutang-piutang, bagi mereka yang mentadbir sebuah negara, mereka berfikir bagaimana untuk menguruskan soal politik, bagi mereka yang berniaga, mereka berfikir bagaimana untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda, bagi mereka yang memiliki keluarga, mereka berfikir bagaimana untuk menyara dan memberikan sebuah kebahagiaan kepada ahli keluarga mereka. Semua masalah tersebut mampu diselesaikan dengan hanya menggunakan akal fikiran anugerah Yang Maha Esa.

Namun manusia memiliki pendapat berbeza-beza, dan pendapat setiap manusia adakalanya benar dan adakalnya salah. Perkara yang disebutkan di atas adalah perkara yang masih mampu difikirkan oleh manusia. Di sana ada perkara yang tidak mampu dicapai oleh akal fikiran manusia walau sebijak manapun mereka. Perkara-perkara ghaibiyyat tidak mampu dicapai oleh tahap kognitif manusia. Perkara sebegini memerlukan petunjuk daripada pemilik alam ini. Begitu juga dengan perkara-perkara yang memerlukan tempoh masa yang panjang untuk untuk mengkaji dan mendapatkan keputusan yang tepat. Maka untuk mendapatkan bukti dari segi kesihatan sudah pasti 1400 tahun dahulu manusia masih tidak mampu untuk mengkaji secara saintifik tentang sebab musabab pengharaman makanan yang ditentukan oleh Allah. Justeru pada ketika inilah rujukan utama kita adalah apa yang diturunkan oleh tuhan pencipta alam sebagai kayu ukur dalam membezakan salah atau benar sesuatu perkara. Firman Allah :

“Jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah)” (surah an-Nisa’ ayat 59)

Setelah kita meyakini dan akur bahawa tiada suatu kuasa yang mampu menyelesaikan masalah ummat, dan mampu memberikan petunjuk kepada jalan yang benar, melainkan kuasa Yang Maha Esa, apakah kita mahu berlengah dan berdalih lagi untuk sama-sama menghayati ajaran yang mulia ini. Kita sering mendengar bahawa “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Tetapi saya katakan bahawa mereka yang mahu akur dengan ketetapan Allah pasti mencari seribu daya untuk melunaskan tuntutan tersebut, namun mereka yang enggan akur kepada ketetapan ini tidak perlu kepada seribu dalih, bahkan mereka hanya perlu kepada satu dalih sahaja, sudah memadai untuk menolak semua tuntutan ini. Mereka inilah golongan yang ingkar. Oleh kerana itulah mereka yang memahami dan meyakini hakikat ini akan menurut segala kehendak al-Kitab dan as-Sunnah. Kita juga sudah pasti tidak terlepas dari melunaskan tuntutan ini. Mereka yang memiliki kekuatan akidah tidak perlu mempersoalkan segala ketetapan dari Allah, bahkan mereka mengikut tanpa sebarang prasangka. Itulah yang perlu ada kepada kita sebagai seorang islam.

Pemakanan

Al-Quran sangat menitikberatkan isu pemakanan halal dan haram. Allah menurunkan ayat yang menjadi garis panduan pemakanan kepada sekelian manusia agar manusia menjaga prinsip pemakanan yang betul. Kita wajib mengikuti segala yang telah ditetapkan oleh Allah tanpa sebarang alasan dan dalih. Firman Allah :

“Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu” (Surah al-Baqarah ayat 168)

Ayat ini menjelaskan prinsip mencari makanan dalam kehidupan seharian. Pemakanan yang halal dirakamkan oleh Allah dalam al-quran membuktikan bahawa kehalalan sesuatu yang mengalir dalam tubuh badan seseorang manusia adalah sangat penting dan dituntut oleh Allah. Tidak cukup dengan penekanan mencari yang halal, Allah turut menekankan bahawa halal itu perlu di gabungkan dengan thoyyib (baik), menjadikan tuntutan mencari makanan itu adalah yang halal dan thoyyib. Sehingga kini, isu halal dan haram banyak digembar-gemburkan dalam media elektronik dan media cetak terutamanya surat khabar dan rancangan-rancangan di televisyen seolah-olah isu ini walaupun sudah lapuk, namun tidak ada penghujungnya.

Terlalu banyak isu halal haram yang keluar dalam media seperti isu Tesco disaman kerana menjual ayam yang tidak disembelih, isu ayam yang disuntik enzim babi, isu keraguan status ayam kerana penyembelih yang tidak bertauliah, isu kilang tauhu bersama kandang babi, isu bebola ikan perut babi, isu sosej usus babi dan sebagainya. Jika kita peka dengan tajuk-tajuk akhbar, kita akan dapati semua yang ditulis ini adalah tajuk-tajuk yang tersiar di dada-dada akhbar. Halal dan haram adalah suatu yang jelas dan tidak boleh dipertikaikan lagi kerana Allah telah menyebut dengan jelas dalam al-quran. Firman Allah :

“Sesungguhnya Dia mengharamkan ke atasmu bangkai, darah, daging babi, dan daging haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah”. (Surah al-Baqarah ayat 173)

Berpegang kepada logo halal? Logo halal pun sudah dipermainkan begitu sahaja. Banyak kes-kes yang tertera di dada akhbar membuktikan logo halal dipermainkan. Pada hari ini logo halal tidak boleh dipercayai lagi kerana kita sudah lali dengan timbunan kes-kes yang tidak menjaga sensiviti umat islam. Contohnya kes logo halal dibeli. Sememangnya tidak ada akta yang boleh menyaman sesiapa yang mengeluarkan logo halal. Oleh kerana itulah ramai peniaga yang berani mengeluarkan logo halal walaupun ada unsur yang haram dimasukkan.

Syubhah

Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua golong yang bergelar muslim. Namun hakikat pada hari ini, pencarian makanan yang halal adalah sukar walaupun kita berada di negara yang majoritinya di kalangan orang islam. Mungkin ramai yang tidak percaya dengan apa yang diperkatakan ini. Hal ini kerana masih ramai yang tidak mendapat pendedahan tentang unsur-unsur yang dimasukkan dalam makanan seharian kita. Jika didedahkan sudah pasti ramai yang akan terkejut dengan hakikat halal dan haram yang berlaku sekarang. Kita sangat bersyukur kerana pada hari ini masih tidak ada orang islam yang makan daging khinzir secara jelas. Jika ada sekalipun, sudah pasti kes-kes seperti itu termasuk dalam kes-kes terpencil. Mungkin kerana sensitiviti terhadap pemakanan yang halal dan haram masih kukuh di hati-hati umat islam.

Namun unsur-unsur haram dimakan seperti khinzir dan darah masuk ke dalam industri makanan dalam bentuk yang sukar dikesan oleh orang islam. Contohnya, gelatin yang datang dari sumber lemak binatang yang haram, jika sekiranya gelatin yang terdapat dalam sesuatu makanan bukan dari sumber lemak binatang yang haram seperti khinzir, adakah kita pasti bahawa binatang tersebut disembelih? Jika benar binatang tersebut disembelih, timbul pula persoalan adakah disembelih dengan cara islam? Keraguan tersebut lebih menghantui kita semua apabila gelatin tersebut diproses dari negara-negara Barat. Sememangnya apabila kita mengkaji dari sudut hukum, kita akan bertemu dengan satu proses yang dinamakan sebagai ‘istihalah’. Istihalah bermaksud perubahan yang berlaku kepada zat dan berubah dari zat asal kepada zat baru yang berbeza dari segi rasa, warna dan bau. Contoh yang biasa dibawa dalam kitab-kitab fiqh ialah apabila arak bertukar menjadi cuka di mana cuka ini boleh dimanfaatkan.

Begitu juga dengan masalah gelatin dari sumber lemak babi. Jika lemak babi yang terdapat dalam gelatin tersebut sudah melalui proses istihalah yang menyebabkan sifat yang haram itu berubah secara keseluruhannya, maka hukumnya juga turut berubah. Namun persoalannya, adakah gelatin tersebut melalui proses istihalah sepenuhnya? Jika gelatin lemak babi tidak melalui proses istihalah sepenuhnya maka hukumnya tetap haram dimakan. Dalam masalah gelatin yang datang dari sumber lemak binatang yang dipersoalkan sembelihannya, kalau sekiranya anda lebih terbuka dalam perkara khilafiah, maka di sana ada pendapat ulama yang membenarkan memakan sembelihan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). Ini bermakna jika gelatin tersebut datang dari negara yang beragama Yahudi atau Nasrani, hukumnya adalah harus dimakan. Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni menyatakan :

"Ijma' ulama' membenarkan memakan daging sembelihan ahli kitab! Kerana firman Allah swt : 'Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu' (al-Maa'idah ayat 5)” (al-Mughni, 13/293).

Jika benar gelatin tersebut datang dari sumber binatang halal dan dari Negara ahli kitab, timbul pula persoalan adakah binatang tersebut benar-benar disembelih ataupun dibunuh dengan penggunaan elektrik dan sebagainya? Sudah tentu timbulnya keraguan di hati masyarakat kerana masyarakat digembar gemburkan dengan isu ayam yang dibunuh menggunakan kuasa elektrik. Kesimpulannya, semua persoalan ini akan berakhir dengan keraguan (syubhah) kerana mampukah kita untuk menyelidiki satu persatu hanya untuk membeli produk makanan, terutamanya makanan ringan? Sudah pasti ramai yang malas untuk menyiasat satu persatu bagi memastikan sumber bahan yang digunakan adalah benar-benar halal. Sebenarnya islam telah memberikan garis panduan apabila berhadapan dengan masalah syubhat (keraguan) dalam pemakanan. Sabda Rasulullah s.a.w :

“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu” (Hadis Riwayat Tirmizi no: 2520)

Jelas di sini bahawa tidak ada alasan lagi bagi kita untuk mempertikaikan hujah-hujah terhadap pendedahan yang telah dilakukan. Kita patut berterima kasih kepada mereka yang mendedahkan unsur-unsur haram yang terdapat dalam makanan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mengeluarkan buku yang mendedahkan semua ini berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan. Saya menyarankan agar para sahabat sekalian mencari buku-buku tentang pendedahan halal haram untuk dibaca. Siapakah lagi yang mahu menjaga sensiviti halal haram jika bukan kita umat islam sekalian?

Disediakan oleh Nik Mohd Fahmi b. Nik Harun Aminarrashed.
12 Mei 2011, Sungai Petani, Kedah

Wednesday, April 27, 2011

buat sahabat...

Pertemuan

pada suatu ketika dahulu
satu pertemuan yang kita tak duga
kau dan aku bertemu
disatu tempat yang jauh
mungkin inilah yang dinamakan ketentuan tuhan
tetapi tidak lama selepas itu
hubungan kita terputus ditengah jalan
aku terus dengan kehidupanku
dan kau juga begitu
sepi hatiku kehilangan sahabat sepertimu
tidak dapat kulupakan kenangan bersamamu
tapi kini kau tidak lagi dimataku
tapi ada dihatiku
dengan ikatan persahabatan yang kukuh
ikhlas dari hati kita berdua
akhirnya kita bersua juga
dan kuharapkan pertemuan ini
berakhir dengan ajal yang ditentukan olehNYA
bukanlah kehendak aku
ataupun dirimu

Aku Si Pungguk

Sendirian

Dan kesunyian

Ibarat pungguk rindukan bulan

Namun adakah penantian ini

Mendapat balasan

Pungguk hanya mampu berserah pada Tuhan

Sambil terus menunggu jawapan sang bulan

Mohd Syafiq bin Shamsuddin

Sunday, April 24, 2011

kaedah pengajaran

3.1 Koperatif

3.2 Kolaboratif Kelas

3.3 Kumpulan

3.4 Individu

3.5 Pemudahcaraan

3.6 Perbincangan

3.7Tunjukcara/Demonstrasi

3.8 Penyelesaian Masalah

3.9 Simulasi

3.10 Bercerita

3.11 Bermain

3.12 Projek

3.13 Lawatan

3.14 Inkuiri penemuan

3.15 Modul

******************************************************

3.1 KAEDAH KOPERATIF

Definisi

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya

Ciri-ciri penting

1.Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.

2.Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut

3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar

4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat

5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai

6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif

3.2 PENDEKATAN KOLABORATIF

Definisi

Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan

Ciri-ciri Penting
1. Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama

2. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif

a) kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi

b) perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi

c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik

3.3 PENDEKATAN KUMPULAN

Definisi

Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan

Ciri-ciri penting

1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik

2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan

3. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan

4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab

5. Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk

6. Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif

3.4 PENDEKATAN INDIVIDU

Definisi

Satu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap pelajar

Ciri-ciri Pendekatan Individu

1.Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang pelajar

2. Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada pelajar mengenai penguasaan kemahiran dan pengetahuannya

3. Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran, hasilan dan aktiviti-aktiviti

4. Kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar lembap yang memerlukan motivasi dan dorongan daripada pengajaran aktif guru

3.5 KAEDAH PEMUDAHCARAAN

Definisi

Kaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih menitikberatkan peranan murid. Sangat berkesan dalam sekolah bestari diamana guru memainakan peranan sebagai “guide” dalam proses pembelajaran

Ciri-ciri Penting

1. Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang jelas

2. Guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang menyelesaikan masalah dalam bilik darjah

3. Guru memberi penekenan kepada murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri

4. Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong dalam proses pengajaran dan pembelajaran

5. Ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid supaya dapat mencetus idea dan jawapan yang betul kepada penyelesaian masalah

6. Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran bagi merangsang pembelajaran pelajar

3.6 TEKNIK PERBINCANGAN

Definisi

Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu/masalah

Ciri-ciri Penting

1.Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan

2. Pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru

3. Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah

4.Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah

3.5 KAEDAH TUNJUK CARA

Definisi

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti

Ciri-ciri penting

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan

2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah

3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen

4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti

  1. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

  1. Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran

  1. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi

3.6 PENYELESAIAN MASALAH

Definisi

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi

Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.

Ciri-ciri Penting

1.Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah

2. Mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis

Penyelesaian masalah dalam pengajaran

1. Mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan perbincangan

2. Dalam penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen mengenai masalah dikemukakan

3.Masalah yang dikemukakan hendaklah berkaitan dengan matapelajaran

4.Guru perlu membimbing dan merangsang perbincangan penyelesaian masalah

5.Jika penyelesaian masalah dicapai, pelajar diminta mengemukakan contoh-contoh baru bagaimana kemahiran menyelesaikan masalah itu boleh diaplikasikan

6.Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan, alternatif-alternatif lain dikemukakan

7. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran

3.9 KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal

Ciri-ciri Penting Simulasi

1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya

2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan

3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis

3.10 KAEDAH BERCERITA

Definisi

Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan

Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat

Ciri-ciri Penting

1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)

3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka

4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian

5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan

3.11 KAEDAH STRATEGI MAIN SAMBIL PELAJAR

Definisi

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.

Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan

Ciri-ciri Penting

1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa

2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak

3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.

4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna

5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain

6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah

3.11 KAEDAH PROJEK

Definisi

Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)

Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek

2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek

3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti

4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar

5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh

6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran

7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan

kepuasan jika dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan

3.12 Kaedah Lawatan

Definisi

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar

Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah

Ciri-ciri Penting

1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung

2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran

3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku

4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah

5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.

6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar

3.14 Kaedah Inkuiri Penemuan

Definisi

Kaedah ini menggabungkan kedua teknik inkdiri dan teknik penemuan. Ia adalah satu pendekatan yang lebih saitntifik dan menjurus kepada proses penyelesaian masalah tetapi ia akan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah dan teknik yang lain

Ciri-ciri Penting

1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan mendapat keputusan serta membuat rumusan

2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi oleh itu ia mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah

3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan murid

4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akam merasa puas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran

5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti

3.15 Modul

Definisi

Modul merupakan satu set pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan ntuk membantu mencapai objektif pembelajaran

Ia meupakan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem pengajaran-pembelajaran

Ia direkabentuk untuk pelajar belajar secara sendiri

Ia dibentuk untuk penggunaan satu-satu golongan pengguna

Ciri-ciri Penting

1. Ia mengandungi satu atau beberapa konsep sahaja

2. Modul mengandungi objektif-objektif tingkah laku

3. Ia boleh menggunakan pelbagai media

4. Ia mengandungi berbagai strategi atau aktiviti

5. Setiap panduan belajar mempunyai pengenalan, objektif pengajaran, siri, tugasan dan soalan-soalan untuk menguji kefahaman pelajar

6. Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal dan disusun secara sistematik

7. Dalam modul unsur-unsur peneguhan dan jawapan-jawapan betul disediakan

8.Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal dan disusun secara sistematik


teknik pengajaran

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DEFINISI

  • Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
  • Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
  • Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
  • Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

  1. Teknik main peranan
  2. Teknik permainan bahasa
  3. Teknik latih tubi
  4. Teknik bercerita
  5. Teknik inkuiri
  6. Teknik perbahasan
  7. Teknik kuiz
  8. Teknik sumbangsaran
  9. Teknik soal jawab
  10. Teknik simulasi
  11. Teknik drama
  12. Teknik perbincangan
  13. Teknik forum
  14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK

    1. Menarik Minat murid
    2. Mengekalkan perhatian
    3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI

  • Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
  • Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
  • Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
  • Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
  • Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
  • Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
  • Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
  1. Sebutan (accent)
  2. -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

  3. Tatabahasa (grammer)
  4. -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

  5. Perbendaharaan kata (vocabulary)
  6. -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

  7. Kefasihan (fluency)
  8. -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

  9. Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
  • Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
  • Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
  • Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI

  • Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
  • Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
  • Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
  • Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
  • Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN

  • Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
  • Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
  • Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
  • Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN

  • Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
  • Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
  • Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

  • Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
  • Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
  • Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
  • Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
  • Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
  • Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
  • Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
  • Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
  • Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
  • Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
  • Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

  • Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
  • Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
  • Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
  • Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
  • merangsang interaksi verbal pelajar
  • menambah kefasihan dan keyakinan
  • menyediakan konteks pembelajaran
  • bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
  • bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK SOAL – JAWAB

  • Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
  • Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
  • Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
  • Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
  • Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
  1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
  2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
  3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
  • Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA

  • Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
  • Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
  • Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
  • Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
  • Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
  • Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
  • Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
  • Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
  • Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
  • Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
  • Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
  • Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
  • Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA

  • Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
  • Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
  • Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
  • Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
  • Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
  • Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

  • Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
  • Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
  • Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
  • Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
  • Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
  • Pengendalian teknik inkuiri ialah :
    1. Proses mengenali masalah
    2. Mengkaji ramalan
    3. Mengumpul maklumat
    4. Menganalisis
    5. Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN

  1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
  2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
  3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
  4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
  5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
  6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
  7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
  8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
  9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
  10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
  11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

TEKNIK FORUM

  1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
  2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
  3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
  1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
  2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
  3. Antara manfaat teknik ini ialah :
  4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
  5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
  6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
  7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
  8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
  9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.
  10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
  • Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
  • Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
  • Tujuannya ialah :
  • Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
  • Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
  • Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
  • Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
  • Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
  • Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
  • Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
  • Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Friday, April 22, 2011

Bahagia Terletak Pada Sifat Reda

Bahagia belum tentu tersimpan di istana yang megah. Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat, atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak-anak? Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya.

Pakar motivasi menyatakan: "Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda". Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Semua baik, baik dan baik. Apa yang Allah pilih untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan reda. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas'ud apabila ditanya: "Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?" Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"

Orang banyak mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna. Selami dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat redha.

Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang 'sesuai' untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.

Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘tidak terima’ dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya ‘terkejut’ di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas ketentuan-Nya. Firman Allah bermaksud: "Allah pun redha ke atas diri mereka dan mereka pun redha dengan pemberian-Nya." (Surah al-Bayyinah, ayat 8)

Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu, iaitu pertama adalah ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat yang paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan redha ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita redha sebab sayang.

Tetapi mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari ketika ia sihat. Kalau rugi semua orang diamuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini. Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha.

Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tapi bukan bahagia yang 'diam' dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu cepat. Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah redha. Cukup senang formulanya tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Tanda redha ada tiga. Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tak puas hati.

Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.

Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Redha bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi redha adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama redha kepada Allah.

Wednesday, April 20, 2011

Kemiskinankah Yang Kita Takutkan?

Kemiskinankah Yang Kita Takutkan?

Kebanyakan manusia takut terjatuh ke dalam kemiskinan. Mereka berusaha dengan berbagai cara untuk menghindarinya. Mereka begitu sedih dan berdukacita ketika mengalami kekurangan harta. Bahkan sehingga ada di antara mereka yang sanggup menukar agamanya hanya untuk mendapatkan sedikit harta benda duniawi. Ada di antara mereka menemui dukun, tok-tok bomoh dan yang seumpamanya untuk meminta tangkal, jampi-jampi dan sejenisnya daripada mereka. Atau memelihara dan meminta bantuan makhluk halus (jin) dalam usaha untuk mendapat kekayaan. Dengan ini mereka telah menjual aqidah dan agamanya untuk kesenangan duniawi yang rendah dan sementara . Nas`alullaahas salaamah wal 'aafiyah.

Benarkah kemiskinan yang perlu kita takutkan? Benarkah kemiskinan yang dikhuatirkan oleh Rasulullah s.a.w. ke atas ummatnya?

عَنْ عَمْرو بْنِ عَوْفٍ الأَنْصَارِيِّ، أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ إِلَى الْبَحْرَيْنِ يَأْتِي بِجِزْيَتِهَا، فَقَدِمَ بِمَالٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ، فَسَمِعَتِ الأَنْصَارُ بِقُدُوْمِ أَبِي عُبَيْدَةَ، فَوَافَوْا صَلاَةَ الْفَجْرِ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ، فَلَمَّا صَلَّى رَسُوْلُ اللهِ، اِنْصَرَفَ، فَتَعَرَّضُوْا لَهُ، فَتَبَسَّمَ رَسُوْلُ اللهِ حِيْنَ رَآهُمْ، ثُمَّ قَالَ: ((أَظُنُّكُمْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدِمَ بِشَيْءٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ)) فَقَالُوْا: أَجَل يَا رَسُوْلَ اللهِ، فَقَالَ: ((أَبْشِرُوْا وَأَمِّلُوْا مَا يَسُرُّكُمْ، فَوَاللهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا، فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ((

Dari 'Amr bin 'Auf Al-Anshari r.a, bahwasanya Rasulullah s.a.w mengutus Abu 'Ubaidah Ibnul Jarrah r.a. ke negeri Bahrain untuk mengambil jizyah dari penduduknya (kerana kebanyakan mereka adalah Majusi -pent). Kemudiannya dia kembali dari Bahrain dengan membawa harta. Orang-orang Anshar mendengar berita kepulanganan Abu 'Ubaidah lalu mereka bersegera menuju masjid untuk melaksanakan shalat shubuh bersama Rasulullah s.a.w . Ketika Rasulullah s.a.w. selesai shalat beliau pun berpaling menghadap ke arah mereka. Jelas kepada Rasulullah mereka sangat inginkan harta yang dibawa Abu 'Ubaidah. Maka Rasulullah s.a.w pun tersenyum ketika melihat mereka

Kemudian beliau s.a.w bersabda, "Aku menjangka kalian telah mendengar bahwa Abu 'Ubaidah telah datang dengan membawa sesuatu (harta) dari Bahrain." Maka mereka menjawab, "Benar, Rasulullah." Lalu beliau s.a.w. bersabda, "Bergembiralah dan harapkanlah apa-apa yang akan menyenangkan kalian. Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian. Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kalian sebagaimana telah dibentangkan ke atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka." (HR. Al-Bukhariy no.3158 dan Muslim no.2961)

Kemudian beliau s.a.w bersabda, "Bergembiralah dan harapkanlah apa-apa yang akan menyenangkan kalian. Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian."

Ini bermakna bukan kemiskinan yang dibimbangi oleh Nabi s.a.w. terhadap kita. Bahkan sebaliknya kadang-kadang kemiskinan boleh menjadi kebaikan bagi seseorang ketika dia bersabar dan tetap taat kepada Allah dalam kemiskinannya tersebut.

Sabda Nabi. s.a.w. , "Bukan kemiskinan yang aku khuatirkan atas kalian." Yakni aku tidak bimbang kalian ditimpa kemiskinan kerana sesungguhnya orang yang miskin secara umumnya lebih dekat kepada kebenaran daripada orang yang kaya.

Perhatikanlah keadaan para rasul! Siapakah yang mendustakan mereka? Yang mendustakan mereka adalah para pembesar kaumnya, orang-orang yang paling jahat dan orang-orang kaya. Dan sebaliknya, kebanyakan yang mengikuti mereka adalah orang-orang miskin. Sehingga kebanyakan yang mengikuti Nabi s.a.w pun adalah orang-orang miskin.

Jangan Takut Dengan Kemiskinan!

Maka kemiskinan bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangi. Jangan sampai kita takut menjadi miskin atau khuatir tidak ada apa untuk dimakan. Jangan sampai terlintas di dalam hati kita, "Apa yang ada untuk kita makan esok?" Jangan gusar! Yang penting kita berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah. Karena sesungguhnya Allah telah menjamin rezeki seluruh makhluk-Nya.

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللهِ رِزْقُهَا

"Dan tidak ada suatu yang melata pun (yakni manusia dan haiwan) di muka bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya." (Huud:6)

Bahkan sesuatu yang harus kita bimbangkan ialah ketika dibentangkan dunia kepada kita. Yakni ketika kita diuji dengan banyaknya harta benda. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w, "Akan tetapi aku khuatir akan dibentangkan dunia di hadapan kalian sebagaimana telah dibentangkan atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlumba-lumba padanya sebagaimana mereka berlumba-lumba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka."

Menghancurkan kalian bermaksud menghilangkan agama kalian, yakni, disebabkan dunia, kalian menjadi lalai dan meninggalkan ketaatan kepada Allah.

Bahayanya Dunia Bagi Seorang Muslim

Dunia sangat berbahaya bagi seorang muslim. Inilah kenyataannya. Lihatlah keadaan orang-orang di sekitar kita. Ketika mereka dalam kemiskinan, mereka lebih bertakwa kepada Allah dan lebih khusyu'. Rajin shalat berjama'ah di masjid, menghadiri majlis 'ilmu dan lain-lain. Namun, ketika banyak hartanya, mereka semakin lalai dan semakin berpaling dari jalan Allah. Dan muncullah sikap melampaui batas dari mereka.

Akhirnya, sekarang manusia menjadi orang-orang yang selalu merindukan keindahan dunia dan perhiasannya seperti kereta mewah, rumah besar tempat tidur empuk, pakaian berjenama dan lain-lain. Mereka saling berbangga antara satu sama lain. Dan mereka meninggalkan amalan-amalan yang akan memberikan manafaat kepada mereka di akhirat kelak.

Perhatikanlah, majalah-majalah, akhbar-akbar dan media lainnya kebanyakannya tidak membicarakan apa-apa kecuali tentang kemegahan dunia dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Dan mereka berpaling dari akhirat, sehingga rosaklah manusia kecuali orang-orang yang Allah selamatkan.

Kesimpulannya, bahwasanya ketika dunia dibukakan -kita memohon kepada Allah agar menyelamatkan kami dan anda dari kejelekannya- maka dunia itu akan membawa kejelekan dan akan menjadikan manusia melampaui batas.

كَلاَّ إِنَّ الإِنْسَانَ لَيَطْغَى. أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup." (Al-'Alaq:6-7)

Dan sungguh Fir'aun telah berkata kepada kaumnya,

يَاقَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلاَ تُبْصِرُونَ

"Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kalian tidak melihat(nya)?" (Az-Zukhruf:51)

Fir'aun berbangga dengan dunia. Oleh karena itulah, maka dunia adalah sesuatu yang sangat berbahaya.

Hadis di atas mirip dengan hadis berikut:

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: جَلَسَ رَسُوْلُ اللهِ عَلَى الْمِنْبَرِ، وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ، فَقَالَ: ((إِنَّ مِمَّا أَخَافُ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِي مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِيْنَتِهَا((

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. dia berkata, "Rasulullah s.a.w. duduk di atas mimbar dan kami pun duduk di sekitar beliau. Lalu beliau s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya di antara yang paling aku takutkan atas kamu sepeninggalanku adalah ketika dibukakan atas kamu keindahan dunia dan perhiasannya." (HR. Al-Bukhari no.1465 dan Muslim no.1052)

Dunia Itu Manis Dan Hijau

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan tentang keadaan dunia sekaligus memperingatkan ummatnya dari fitnahnya.

عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: ((إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ وَإِنَّ اللهَ تَعَالَى مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا، فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ((

Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a. , bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau. Dan sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan kalian pemimpin padanya. Lalu Dia akan melihat bagaimana amalan kalian. Maka takutlah kalian dari fitnahnya dunia dan takutlah kalian dari fitnahnya wanita." (HR. Muslim no.2742)

Sabda beliau s.a.w, "Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau." Yakni manis rasanya dan hijau pemandangannya, memikat dan menggoda. Kerana sesuatu itu apabila keadaannya manis dan sedap dipandang mata, maka dia akan menggoda manusia. Demikian juga dunia, dia manis dan hijau sehingga akan menggoda manusia.

Akan tetapi beliau s.a.w. juga menyatakan, "Dan sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan kalian pemimpin padanya." Yakni Dia menjadikan kalian pemimpin-pemimpin padanya, sebagian kalian menggantikan sebagian yang lainnya dan sebagian kalian mewarisi sebagian yang lainnya.

"Lalu Dia akan melihat bagaimana amalan kalian." Apakah kalian mengutamakan dunia atau akhirat? Kerana inilah beliau s.a.w. memperingatkan, "Maka takutlah kalian dari fitnah dunia dan takutlah kalian dari fitnah wanita."

Harta Dan Kekayaan Yang Bermanfaat

Akan tetapi apabila Allah memberikan kekayaan kepada seseorang, lalu kekayaannya tersebut membantunya untuk taat kepada Allah, dia infakkan hartanya di jalan kebenaran dan di jalan Allah, maka jadilah dunia itu sebagai kebaikan.

Kita semua tidak mampu untuk lepas dari dunia secara keseluruhan. Kita perlukan tempat tinggal atau rumah, kenderaan, pakaian dan sebagainya. Benda-benda ini jika kita gunakan untuk membantu kea rah ketaatan kepada Allah niscaya kita mendapat pahala. Sebagai contohnya, jika kita gunakan kenderaan. untuk menghadiri majlis 'ilmu atau melakukan kegiatan yang bermanfaat. Malah kita pun boleh mengajak teman-teman ikut bersama kita kemajlis ilmu tersebut. Dengan menggunakan kenderaan sendiri juga kita boleh mengelak dari maksiat seperti ‘ikhtilath’ (campur baur antara laki-laki dan wanita yang bukan mahram) dan lainnya.

Akan tetapi jangan sampai kenderaan ataupun harta benda duniawi menjadikan kita bangga dan sombong sehingga akhirnya merendahkan dan meremehkan orang lain. Jadikan harta tersebut sebagai alat yang membantu kita untuk taat kepada Allah yang dengannya menjadikan kita orang yang bersyukur.

Malah ada sebagian 'ulama mewajibkan setiap orang untuk memiliki kenderaan sendiri. Dengan kenderaan tersebut seorang muslim akan terhindar dari ‘ikhtilath’ dan lain-lain kemaksiatan . Sedangkan menghindari maksiat adalah wajib. Sementara di dalam kaedah ushul fiqh disebutkan, "Suatu kewajiban tidak akan sempurna kecuali dengan sesuatu maka sesuatu itu adalah wajib."

Akan tetapi tentunya hendaklah disesuaikan dengan kemampuan masing-masing. Jangan sampai kerana ingin mendapatkan kenderaan, dia bermati-matian mencari harta siang dan malam. Yang berlegar di dalam kepalanya adalah wang, wang dan wang. Sehingga dia lupa untuk berzikir kepada Allah, mempelajari agamanya, menghadiri majlis ilmu, shalat berjama'ah dan ketaatan lainnya.

Ingatlah selalu firman Allah subhanahu wa ta'ala,

فَاتَّقُوا اللهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

"Maka bertakwalah kalian kepada Allah menurut kesanggupan kalian." (At-Taghaabun:16)

لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al- Baqarah ayat 286 )

Oleh karena itulah, keadaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah dan pada keridhaan-Nya seperti kedudukan orang 'alim yang telah Allah berikan hikmah dan ilmu kepadanya, yang mengajarkan ilmunya kepada manusia.

Maka di sana ada perbezaan antara orang yang rakus dan panjang angan-angan terhadap dunia dan berpaling dari akhirat dengan orang yang Allah berikan kekayaan yang digunakannya untuk mendapatkan kebahagiaan baik di dunia maupun di akhirat dan dia infakkan di jalan Allah.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka." (Al-Baqarah:201)

Semoga Allah subhanahu wa ta'ala selalu membimbing kita untuk mengamalkan apa-apa yang dicintai dan diridhai-Nya serta memperbaiki urusan-urusan kita. Aamiin. Wallaahu A'lam.

(Maraaji': Syarh Riyaadhish Shaalihiin 2/186-189, Maktabah Ash-Shafaa; dan Bahjatun Naazhiriin 1/528, Daar Ibnil Jauziy)